Dr. Sri Wahyu Binti Taher merupakan seorang Pakar Perubatan Keluarga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan penjagaan primer. Beliau mula berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1993 sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Alor Setar, Kedah, sebelum dilantik sebagai Pakar Perubatan Keluarga pada tahun 2000. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di beberapa fasiliti kesihatan di Kedah termasuk Klinik Kesihatan Kuala Nerang, Klinik Kesihatan Changlun, Klinik Kesihatan Pokok Sena, Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Klinik Kesihatan Simpang Kuala dan Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani. Beliau telah berpeluang untuk menyertai Rombongan Perubatan Haji pada tahun 2004 / 2005.
Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke Gred Khas C KUP dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan pesakit serta penyampaian perkhidmatan kesihatan primer. Beliau turut mengikuti latihan Area of Interest (AOI) Fellowship di Monash University, Australia, dalam bidang pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) di peringkat penjagaan primer. Sepanjang kerjaya, beliau aktif dalam memperkukuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer serta menyediakan perkhidmatan perubatan yang komprehensif kepada komuniti. Semasa di KKM beliau telah memegang pelbagai jawatan serta mengetuai pelbagai program. Beliau juga telah banyak menyumbang di dalam penerbitan seperti garispanduan, penerbitan saintifk, bulletin, SOP, module dan CPG. Beliau telah menerima pelbagai anugerah perkhidmatan cemerlang termasuk Pingat Kebesaran dari DYMM Sultan Kedah Bakti Cemerlang Kedah (BCK) 2009 dan Tokoh Diabetes Kedah 2016.
Beliau aktif di dalam kajian klinikal dan membuat kolaborasi bersama \'industry\' di dalam kajian \'Industry Sponsored Research (ISR)\' dan \'Investigator Initiated Research (IIR)\'. Dr Sri Wahyu telah berjaya menerbitkan lebih dari 60 penerbitan di dalam negera dan antarabangsa. Buat masa kini beliau sedang mempersiapkan 3 manuskrip untuk penerbitan. Dr Sri Wahyu aktif di dalam Persatuan Hospis Kedah dan Persatuan Pakar-Pakar Peubatan Keluarga Malaysia (FMSA Malaysia) sejak tahun 2000. Beliau telah menjadi Timbalan Presiden FMSA selama 4 tahun dan kemudian mengambil tanggungjawab sebagai Presiden FMSA antara tahun 2018 hingga 2022. Beliau juga pengerusi Persatuan Hospis Kedah sejak 2016 hingga sekarang. Dr Sri Wahyu masih menyumbang aktif di dalam kedua-dua persatuan ini.
Dari segi akademik, beliau adalah tenaga pengajar di dalam Latihan Kepakaran Perubatan Keluarga - MINTFM sejak 2019. Beliau adalah salah seorang Scheme Director Northern Scheme MINTFM yang berpusat di RUMC Pulau Pinang Malaysia.
Selain itu beliau telah menjadi ahli Majlis Perubatan Malaysia (MPM) sejak 2022. Beliau telah dipilih oleh doktor-doktor Malaysia yang berdaftar sebanyak dua kali untuk berada di dalam Majlis Perubatan Malaysia. Di dalam MPM selain dari menjadi ahli MPM pusat, beliau juga memegang jawatan di pelbagai jawatan kuasa seperti JK Pembangunan Profesional Pegawai Perubatan, Fitness To Practice Committee, Medical Education Committee (2), JK Latihan Kepakaran Laluan Paralel, Task Force Cardio Thoracic Registration Committee, JK Audit MPM, Disciplinary Board Panel dan JK Pelan Strategik MPM.
Dr Sri Wahyu Taher telah bersara dari KKM pada 24 Disember 2025. Namun begitu beliau masih aktif menyumbang di dalam MPM, kajian klinikal, FMSA dan PHK. Beliau masih aktif menyumbang untuk fraterniti Perubatan Keluarga terutamanya di dalam skop \'NCD in Primary Care\' di dalam sektor swasta. Beliau mempunyai perancangan untuk mewujudkan \'Private Primary Care Services\' dan mengembangkan \'Private Community Home Care Services Program\' sebagai perancangan masa hadapan.
6 September 2026
| Time |
Session |
|
|
08:00
08:30
|
Silk / Cashmere / Organza
|